Followers

Thursday 23 June 2011

SEGALANYA BERMULA DISINI


Assalamualaikum pada semua teman blogger mahupun pembaca sekalian. Mudah-mudahan kita semua senantiasa berada didalam keadaan yang segar dan terus teguh dalam melaksanakan amal kebaikan. Alhamdulillah, hari ini penulis berpeluang untuk menulis di laman blog Majalah Haluan. Sungguh terasa kerdil disaat diri penulis menaip huruf demi huruf sehingga lah menjadi satu perkataan yang belum pasti lagi isinya menarik ataupun sebaliknya.

Izinkan penulis untuk bercerita pada hari ini. Cerita yang ingin saya kongsikan, bukan lah cerita dongeng, dragon ball, doremon mahupun sinchan. Akan tetapi cerita benar seorang hamba Allah yang dahulunya terasa kosong,serabut dan tidak pernah terfikir akan erti kehidupan yang sebenar. Ya, sudah semestinya setiap diri kita pasti akan ada sejarah yang tersendiri. Sejarah pahit, sejarah manis, sejarah hitam dan juga subjek sejarah. Ingin saya utarakan ialah,sejarah hitam beliau.

Beliau dilahirkan disebuah kampung terpencil dan hidup tidak lah terlalu mewah mahupun susah. Ayah beliau berasal daripada Indonesia dan Ibu beliau pula Filipina. Rupa parasnya tidak lah begitu menarik mahupun tampan. Cukup sekadar sedap mata memandang. Beliau diberi makan minum yang cukup, pakaian yang cantik dan juga memiliki tempat tinggal sendiri (tanah sendiri). Cuma satu sahaja beliau tidak ada, iaitu kefaham islam yang jelas.

Beliau juga tidak lah terlalu agresif, tetapi bersikap biadap dengan ibu/ayah mahupun guru-guru sekolah yang tidak disenanginya. Orangnya, tidak lah rajin, tetapi boleh lah buat kerja kalau disuruh. Di zaman persekolahan beliau, beliau nampak seperti budak baik, hakikatnya dibelakang (sebaliknya). Wanita, ya menjadi sasaran utamanya. Beliau sangat terkenal dengan "playboynya". Ada sahaja adik-adik pelajar tingkatan 2 hingga 3 menjadi adik angkat mahupun "opppss". Gaduh, buli, merokok pernah, ponteng, dan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita adalah perkara yang biasa dan normal sebagai seorang remaja.

Apa yang menarik ialah, solat 5 waktu beliau kadang-kadang menjadi 3, 2, 1 dan sehingga tahap tidak ada waktu. Hari demi hari berganti, selepas SPM beliau tidak dapat pergi ke mana-mana akibat satu kekurangan yang sudah dialaminya selama 10 tahun. "Mykad", "ic", itulah masalah beliau. Beliau tidak memiliki benda yang bernama "mykad". Melihat rakan-rakannya yang sudah sambung ke peringkat IPTA mahupun IPTA, beliau mula menyalahkan takdir. Seolah-olah Allah SWT tidak berlaku adil padanya. "Kenapa mesti aku? kenapa aku yang tidak ada ic!!!" Sangat lah geram mengenang akan nasib yang menimpa dirinya.

Pada suatu hari  dengan izin Allah SWT, beliau berjalan di pekan sambil cuci-cuci mata, tiba-tiba seorang lelaki tua menariknya masuk ke dalam kedai makan. "Lepasan SPM? Ada bawa slip SPM?" itu lah pertanyaan pertama dan kedua oleh lelaki tua tadi. Dengan terpinga-pinga beliau menjawab "Ya ada". Selepas lelaki tua tadi menilai keputusan SPM beliau, "Ok, anda layak ditawarkan diploma UTM pengurusan teknologi".

"Bersambung lepas ni" 

1 comment:

  1. Cerita menarik. Saspens. Teruskan menulis. Menantikan sambungan cerita.

    ReplyDelete