Followers

Sunday 29 May 2011

MENULIS


MENGAPA PERLU MENULIS?

Oleh: Ummu Anas

SETIAP HARI KITA MEMBACA…

SETIAP HARI KITA MENULIS…

Kebanyakan kita mempunyai telefon genggam. Setiap hari, setiap minit malahan hampir setiap detik kita memandang kepada telefon genggam kita. Kita menerima mesej dari sistem pesanan ringkas (sms). Kita membacanya dan kita juga menjawabnya. Bukankah di sini berlangsung satu suasana baca dan tulis?

Kita telitikan hakikat ini pula…

Kita ini hamba Allah.

Kita bertugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi.

Seluruh hidup kita untuk beribadah kepada Allah.

Bukankah perbuatan kita membaca mesej

Dan menjawab mesej itu dikira ibadah?... JIKA KITA LAKUKAN KERANA DAN UNTUK KEBAIKAN?

Bukankah ini bukti kita sentiasa MEMBACA dan MENULIS?

KITA MESTI MEMBACA DAN MENULIS PERKARA YANG BAIK KERANA…

Hayati firman Allah dalam surah Al-‘Alaq, ayat 1-4: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah.

Yang mengajar manusia dengan pengantaraan kalam.

MARI KITA REALISASIKAN UNTUK MAMPU MENULIS

LANGKAH PRAKTIKAL

‘FLOW WRITING’

Caranya;

Gerakkan tangan untuk menulis.

Mulakan menulis perkataan yang muncul dalam minda.

Terus lahirkan apa jua yang terlintas, usah risau tanda baca dan tatabahasa.

Selesaikan dahulu menulis tanpa berhenti untuk membaca apa yang ditulis.


1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian bermakna ini

    ReplyDelete